KUALA PILAH: Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinannya kini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau berkata wadah politik melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan telah mengakibatkan genjatan politik beberapa parti utama dalam negara sehingga tempias 'salju' politik turut dirasai di Negeri Sembilan.
"Alhamdulillah, berkat permuafakatan ini, rakyat di negeri dan negara ini hidup lebih aman berbanding negara luar yang ada hidup dalam kancah peperangan dan mendambakan keamanan," katanya ketika sembah ucapan tahniah dan taat setia sempena Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya bersedia meneliti perancangan pembangunan dan konsensus pemimpin di negeri ini bagi memenuhi harapan dan inspirasi rakyat sekali gus memastikan kekayaan dan kemakmuran hasil negeri yang sedang dikecapi kekal mampan.
Aminuddin berkata kerajaan negeri juga terus ke hadapan dengan melancarkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 dan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 berasaskan prinsip utama kemakmuran ekonomi serta merancakkan pembangunan ekonomi digital sehingga 2027.
Beliau berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri tahun ini diunjurkan sederhana dan berkembang empat hingga lima peratus dengan pertumbuhan ekonomi yang masih perlahan dijangka mula dirasai rakyat terutama akibat peningkatan kos sara hidup.
Justeru katanya, kerajaan negeri merangka pelbagai inisiatif supaya corak perbelanjaan dilakar lebih awal sekali gus memastikan kelangsungan pelbagai bidang tumpuan termasuk pemerkasaan ekonomi rakyat, kebajikan, pendidikan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut Aminuddin, kerajaan negeri komited untuk meneruskan libat urus bersama pelabur yang berpotensi sama ada dari dalam mahupun luar negara agar Negeri Sembilan terus menjadi pilihan para pelabur.
"Hasilnya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkan sehingga suku ketiga tahun lepas, sebanyak RM3.14 bilion pelaburan dicatatkan di Negeri Sembilan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa menjunjung tinggi sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan akan tetap mempertahankan kedaulatannya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan hak asasi manusia oleh Israel terhadap Palestin selain telah mengumpul dana bagi menyediakan bantuan kemanusiaan melalui Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Menurut Aminuddin, kerajaan negeri komited untuk meneruskan libat urus bersama pelabur yang berpotensi sama ada dari dalam mahupun luar negara agar Negeri Sembilan terus menjadi pilihan para pelabur. - Gambar Bernama
Pengguna iOS 17.5 dapati lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
PM Srettha lancar "Wawasan Thailand 2030"
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada Khamis melancarkan "Wawasan Thailand 2030" yang bermatlamat menjadikan Thailand sebagai hab perindustrian global dalam lapan sektor.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
Ekonomi digital tarik 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan RM225 bilion Malaysia
Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasa AI dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.
Negeri Sembilan bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas PRU15 - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinannya kini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital
Thailand berharap dapat menarik pelabur Jepun dan bakat digital terutamanya membabitkan pusat data dan 'cloud services'.
MY TouristPay, aplikasi transaksi e-pembayaran tanpa sempadan pertama dunia
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.
Kemahiran teknologi tinggi, inovatif dibawa ke luar bandar melalui PEDi - MCMC
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membolehkan pengetahuan dan kemahiran teknologi tinggi serta inovatif dikongsikan kepada penduduk bandar.